fbpx

Pelajar, rakan ditahan bawa 96 bungkus air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 96 bungkus air ketum dirampas selepas menahan sebuah kereta di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong, Pasir Mas semalam. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang pelajar di sebuah institusi kemahiran dan rakannya ditahan polis selepas dipercayai membawa 96 bungkus air ketum di dalam kereta dipandunya di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini semalam.

Pelajar berusia 20 tahun manakala rakannya pula 26 tahun itu ditahan pada pukul 6.18 petang selepas dikesan memandu sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dalam keadaan mencurigakan semasa tiba di jambatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kereta yang dinaiki suspek sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala ke ke Salor, Kota Bharu.

Menurutnya, apabila tiba di jambatan itu, polis telah menahan kereta dan membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek, namun tidak menjumpai barang salah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta mereka telah menjumpai 16 bungkus plastik lutsinar dipercayai mengandungi air ketum yang diletak di tempat letak kaki penumpang belakang.

“Polis terus menjalankan pemeriksaan di dalam but kereta itu sebelum menemui 80 bungkus lagi bungkusan sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, ujian saringan air kencing mendapati pelajar itu positif dadah jenis benzo iaitu sejenis ubat penenang manakala rakannya negatif.

Menurutnya, kedua-dua suspek dan semua barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI