fbpx

Muatan besi bertaburan atas lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lebuh raya susulan lori treler membawa muatan besi terbabit dalam kemalangan di kilometer 259.8 (arah Selatan), di sini, malam semalam. - IHSAN PEMBACA

SEREMBAN – Muatan besi bertaburan atas lebuh raya apabila lori membawa muatan berkenaan terbabit dalam kemalangan di kilometer 259.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.42 malam itu, pemandu lori iaitu lelaki berusia 53 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut sumber polis, kemalangan berkenaan hanya membabitkan sebuah lori treler membawa muatan besi lebih lima tan.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori treler berkenaan memandu di lorong kiri dipercayai telah membrek kerana terdapat sebuah motosikal masuk ke laluan treler berkenaan secara mengejut menyebabkan treller hilang kawalan dan berpusing di tengah jalan.

“Objek besi bertaburan di lorong kiri dan tengah. Usaha membersihkan laluan daripada muatan besi berkenaan mengambil masa lebih sejam,” katanya hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI