fbpx

Mohamad Shakir tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Shakir (kanan) menerima trofi daripada Ahmad Fuzi (tengah) sambil disaksikan Ahmad Zakiyuddin pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang secara maya malam tadi.

GEORGE TOWN – Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohamad Shakir Abdul Hamid dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang tahun ini.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan secara maya dan hibrid menerusi aplikasi Zoom malam tadi.

Mohamad Shakir, 55, yang merupakan anak kelahiran Padang Menora, Tasek Gelugor itu membawa pulang trofi, wang tunai RM5,000, sijil dan hadiah iringan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Terdahulu, acara berkenaan dimulai dengan bacaan doa dan surah Yasin yang diketuai Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI