fbpx

Kang Han-na tinggalkan konti radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG HAN-NA

PELAKON Kang Han-na dilaporkan mengambil keputusan mengundur diri daripada mengendalikan program radio untuk stesen KBS CoolFM, Kang Han-na’s Volume Up.

Perkara berkenaan disahkan sendiri petugas produksi stesen radio berkenaan dengan memaklumkan pihaknya dalam perbincangan untuk menentukan tarikh sebenar hari terakhir perkhidmatan Han-na.

“Kami masih berbincang tentang tarikh sebenar dan proses untuknya mengundurkan diri. Dia sangat berkaliber sebagai seorang penyampai radio, jadi Han-na akan melakukan yang terbaik sehingga ke hari terakhirnya bersiaran demi pendengar setia,” kata wakil produksi.

Mengesahkan berita tersebut, agensi Han-na memaklumkan bahawa pengunduran aktres itu daripada program berkenaan disebabkan fokusnya selepas ini tertumpu terhadap bidang lakonan.

“Dia membuat keputusan ini demi fokus terhadap karier utamanya iaitu lakonan. Han-na akan bertugas di radio sehingga hujung bulan ini,” katanya.

Pelakon drama My Roommate Is A Gumiho itu mula bertugas sebagai penyampai di stesen berkenaan sejak Januari tahun lalu.

Akan datang, Han-na dilaporkan terlibat dengan dua buah drama baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI