fbpx

Kane kembali temui sentuhan jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kiri) berjaya meledak gol kedua Spurs ketika mereka berjaya menewaskan Newcastle 3-2 pada aksi di St. James Park kelmarin.– AFP

NEWCASTLE – Pengurus Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo bangga dengan aksi yang ditampilkan barisan pemainnya ketika menewaskan Newcastle United 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. James Park malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, Spurs yang turun sebagai pasukan pe­lawat menjaringkan gol menerusi Tanguy Ndombele, Harry Kane dan Son Heung-min, manakala gol Newcastle dijaringkan Callum Wilson serta gol sendiri Eric Dier.

Biarpun tidak bermula baik selepas The Magpies mendahului perlawanan seawal minit kedua menerusi Wilson, namun Espirito Santo gembira apabila skuad kendaliannya menunjukkan respons dan bangkit dengan aksi lebih baik.

“Secara jujur, kami bermula agak perlahan pada perlawanan hari ini (kelmarin) sehingga membolehkan pasukan tuan rumah menjaringkan gol awal tetapi saya gembira kerana barisan pemain tidak mudah melatah.

“Memang kami jangka Newcastle akan menampilkan aksi terbaik mereka, namun saya lega kerana pemain-pemain tidak hilang fokus dan berjaya bangkit menerusi tiga gol yang dijaringkan,” kata pengendali dari Portugal itu.

Pada masa sama, beliau juga gembira apabila menyaksikan Kane meledak gol pertamanya dalam sai­ngan Liga Perdana Ing­geris musim ini selepas mengharungi tujuh perlawanan tanpa sebarang jaringan.

“Menerusi gol yang dijaringkan, saya harap ia dapat mengembalikan keyakinan Harry (Kane). Walaupun sebelum ini dia sukar untuk jaringkan gol tetapi peranan yang dimainkan dalam pasukan sangat penting,” ujar Espirito Santo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI