PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan di 13 negeri sehingga pukul 8 malam ini.
MetMalaysia berkata, antara negeri yang terlibat adalah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bagi negeri Perlis, ia melibatkan seluruh kawasan di negeri itu, manakala untuk Kedah ia melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Untuk negeri Pulau Pinang pula, ia membabitkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Beralih ke negeri Pantai Timur, bagi negeri Kelantan ia melibatkan daerah Kuala Krai, Terengganu (Setiu dan Hulu Terengganu), manakala Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan)
Amaran sama turut dikeluarkan untuk kawasan di negeri Selangor (Kuala Selangor, Klang dan Gombak), Negeri Sembilan (Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson dan Rembau), manakala Johor (Tangkak, Muar, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Di Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Song, Bintulu (Tatau), Miri, Subis dan Limbang.
Untuk negeri Sabah, ia membabitkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan.
Turut mengalami hujan lebat dan ribut petir adalah keseluruhan Wilayah Persekutuan Labuan.-K! ONLINE