fbpx

Guru, kakitangan sokongan dibenar makan di kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Guru dan kakitangan sokongan dibenarkan untuk makan di kantin sekolah dengan syarat sudah lengkap divaksin dan tidak bergejala.

Perkara itu dikongsi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, beliau mengesahkan bahawa KPM hari ini sudah mengedarkan surat makluman mengenai kebenaran untuk guru dan kakitangan sokongan makan di kantin sekolah.

Beliau berkata, kebenaran untuk makan di kantin pastinya memberi kelegaan kepada guru dan kakitangan sokongan di sekolah.

“Bagi memastikan keselamatan dan kesihatan guru dan kakitangan sokongan serta seluruh warga sekolah, semua pihak perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Antaranya, hanya guru dan kakitangan yang telah lengkap divaksin sahaja dibenarkan makan di kantin sekolah,” katanya.

Katanya, beliau mahu pemantauan dilakukan oleh pengetua dan guru besar bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh guru dan kakitangan sokongan.

Hari ini, KPM mengedarkan surat pekeliling bertajuk Pemakluman Mengenai Kebenaran Guru dan Kakitangan Sokongan Makan di Kantin Sekolah yang ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Noor Zamani Abdol Hamid.

Menerusi surat pekeliling itu, guru dan kakitangan sokongan juga dikehendaki makan di ruang terbuka, menghadkan masa makan dan tiada aktiviti perkumpulan ramai di kantin serta mengamalkan 3W iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (wash), memakai pelitup separuh muka (wear). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI