fbpx

Dijemput ajal ketika daki Gunung Lambak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui meninggal dunia ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, Johor hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KLUANG – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika melakukan aktiviti riadah mendaki Gunung Lambak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.25 tengah hari itu, mangsa, Teo Chee Kiong @ Tiu Chee Kiong, 52, menemui ajal disyaki akibat serangan jantung.

Difahamkan, mangsa mendaki seorang diri dikatakan rebah dengan tiba-tiba selepas mengalami sesak nafas sebelum orang awam menyedari kejadian itu menghubungi talian kecemasan.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Noorhakim Nordin berkata, sebuah jentera FRT dan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sebelas 11 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang awam yang sedang melakukan aktiviti mendaki di gunung tersebut.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI