fbpx

Dapatkan tauliah mengajar sebelum berceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Guru dan penceramah agama di negara ini disarankan supaya mendapatkan tauliah mengajar dan ceramah dari pihak berkuasa agama negeri masing-masing sebelum menyampaikan ilmu dan dakwah.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, pihaknya memahami tugas menyampaikan ilmu dan dakwah adalah suatu amalan yang mulia.

Namun, katanya, semua pihak diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan semua pihak.

“Pada masa sama, Jakim menasihati masyarakat khususnya umat Islam agar mendapatkan ilmu dari para ilmuan yang diiktiraf dan mempunyai kelayakan dalam bidang ilmu yang disampaikan.

“Sekiranya ragu-ragu atau kurang jelas mengenai sesuatu perkara, silalah merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti Jabatan Agama Islam Negeri atau Pejabat Mufti,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya memohon kerjasama dan sokongan dari semua pihak untuk sama-sama menjaga keharmonian Keluarga Malaysia yang sekian lama terpelihara.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya mendapati kewujudan pelbagai medium sosial merancakkan lagi program keilmuan dan dakwah di negara.

Menurutnya, perkara itu amat dipuji dan disanjung tinggi namun, pihaknya ingin menasihati semua pihak sama ada guru atau penceramah agama dan seluruh lapisan masyarakat agar dapat menjaga adab dan disiplin ilmu dengan sebaik mungkin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI