fbpx

Biawak buat kejutan ‘terjah’ pejabat, semua lari panjat meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV yang memaparkan aksi pekerja cuba melarikan diri ketika diterjah seekor biawak.

PETALING JAYA – Kehadiran seekor biawak di sebuah pejabat nyata memeranjatkan beberapa orang kakitangan yang sedang bertugas sehingga ada yang cuba melarikan diri dengan memanjat meja dan kerusi.

Aksi tersebut dipercayai dirakam sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) pejabat berkenaan sebelum dimuat naik di laman Facebook.

Berdasarkan klip video berdurasi 14 saat itu, kelihatan tiga orang pekerja cuba ‘melarikan’ diri dengan memanjat meja pejabat ketika haiwan itu menerjah masuk ke dalam pejabat.

Lebih melucukan dua kakitangan lelaki turut sama memanjat meja sebelum salah seorangnya dilihat ‘menolak’ seorang pekerja wanita sehingga terjatuh ketika dalam keadaan panik.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Facebook ‘memerli’ tindakan pekerja lelaki yang turut sama melarikan diri sehingga ke atas meja.

“Tengok laki tu takut betul dia sampai jatuh perempuan tu,” tulis Intan Syafini Jafri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Badrul Ihsan.

“Dia punya takut mengalahkan perempuan, siap tolak kakak tu lagi,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI