fbpx

Badosa unggul juarai Terbuka Indian Wells

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BADOSA muncul pemain dari Sepanyol pertama menjulang kejuaraan Indian Wells selepas menundukkan Azarenka pada aksi final awal pagi semalam. – AFP

CALIFORNIA – Pemain ran­king 27 dunia, Paula Badosa meraih kemenangan selepas bertarung lebih tiga jam untuk merangkul kemenangan sulungnya di Terbuka Indian Wells mengatasi Victoria Azarenka awal pagi semalam.

Bagaimanapun, ia adalah kemenangan berbaloi buat pemain muda Sepanyol itu selepas memberikan segala-segalanya dengan mengharu­ngi tiga set perlawanan sebelum menumpaskan juara dua kali Indian Wells itu dengan keputusan 7-6, 2-6, 7-6.

Pada saingan itu, Badosa, 23, mengakui sangat teruja ketika bertemu dengan idolanya, Azarenka dan gembira dapat mencipta kemenangan meskipun terpaksa melalui perlawanan yang mencabar.

“Saya bercakap kepada jurulatih bahawa pada suatu hari nanti saya mampu tampil sehebat Azarenka.

“Terima kasih kerana anda memberi inspirasi kepada saya. Saya mungkin tidak akan menjejak kaki di sini jika bukan ke­rana anda.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluar­ga atas sokongan mereka terutama ketika mengalami kecederaan sebelum ini,” katanya.

Badosa kini menjadi pemain pertama Sepanyol berjaya meraih kemenangan di Indian Wells dan dijangka melonjakkan diri ke ranking No.13 dunia selepas ini.

Pada saingan itu, juara Grand Slam dua kali Terbuka Australia, Azarenka cuba mencipta sejarah apabila cuba menjadi pemain pertama berjaya meraih kemenangan ketiga di Indian Wells, namun terpaksa akur dengan kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN