fbpx

Aliran trafik di semua lebuh raya masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang dilaporkan masih lancar dan terkawal pagi ini.

Menurut Twitter rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 di kedua-dua arah termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Kuala Terengganu juga lancar.

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) kilometer (km) 282.5 arah Utara, Bandar Ainsdale ke Nilai yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Bagaimanapun trafik masih terkawal di lokasi.

Sementara itu, trafik di Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA) dilaporkan perlahan di pertengahan jambatan dari Malaysia menuju ke Singapura.

Manakala Twitter rasmi BESRAYA pula melaporkan aliran trafik di Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) bergerak lancar dan terkawal ke semua arah sepanjang lebuh raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI