fbpx

Aliran trafik di beberapa lebuh raya mulai sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik di Lebuh Raya KLK mula menunjukkan kesesakan bermula di Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak. - Foto IHSAN LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) mula menunjukkan kesesakan dipercayai susulan kepulangan warga kota selepas menziarahi keluarga di kampung halaman.

Laman Twitter rasmi Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik di KLK mula menunjukkan kesesakan dengan trafik bergerak perlahan dari Hentian Gombak ke Plaza Tol Gombak menuju ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Trafik sesak sejauh 5.2 kilometer sebelum Plaza Tol Gombak dan bercantum dengan MRR2 berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Kuala Lumpur,” ciapnya ringkas.

Dalam pada itu, tinjauan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Selatan) juga turut menunjukkan kenderaan mula berasak-asak menghala ke ibu negara dari arah utara dalam keadaan hujan lebat.

Difahamkan, keadaan hujan lebat turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya susulan pemandu memperlahankan kenderaan berikutan keadaan permukaan jalan yang licin.

Sementara itu, @BESRAYAtrafik pula memaklumkan bahawa pergerakan trafik dilaporkan bergerak lancar dan berada dalam keadaan terkawal di kedua-dua arah Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI