fbpx

405 calon Perajurit Muda Udara lapor diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada calon Perajurit Muda Udara yang hadir melapor diri di ATU Ipoh semalam.

IPOH – Seramai 405 calon lelaki Perajurit Muda Udara siri 64/21 yang terpilih dari serata negeri melaporkan diri di Akademi Tentera Udara (ATU) Ipoh di sini bagi dokumentasi akhir sebelum memulakan latihan.

Kesemua mereka hadir secara berperingkat-peringkat iaitu pada Sabtu dan Ahad diiringi keluarga masing-masing.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerusi paparan pada laman Facebook pasukan tersebut memberitahu, kaedah tersebut bagi memudahkan pengurusan kemasukan serta memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Menurut kenyataan tersebut, seramai 205 calon hadir pada peringkat pertama, Sabtu manakala bakinya melapor diri bagi peringkat kedua (Ahad).

“Pengambilan calon Perajurit Muda Udara pada kali ini hanya melibatkan calon lelaki sahaja yang bakal memulakan latihan pada 27 Oktober.

“Kesemua calon yang melapor turut diberi penerangan mengenai dokumentasi akhir serta menjalani ujian saringan awal air kencing,” ujar paparan tersebut.

Prosedur seperti ini bertujuan memastikan setiap calon bebas daripada penggunaan bahan terlarang sebelum mengangkat sumpah sebagai Perajurit Muda Udara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI