fbpx

Tuchel akui nasib Chelsea lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHILWELL meledak gol tunggal perlawanan untuk Chelsea meraih kemenangan mengatasi Brentford awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Chelsea berdepan detik cemas pada 20 minit ter­akhir ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Komuniti Brentford awal pagi semalam.

The Blues mendahului perlawanan menerusi Ben Chilwell pada minit ke-45, namun pasukan tuan rumah tampil dengan aksi lebih baik selepas waktu rehat apabila melakukan serangan demi serangan ke arah pintu gol Chelsea.

Pengurus Chelsea, ­Thomas Tuchel mengakui mereka bernasib baik pada 20 minit terakhir apabila penjaga gol, Edouard Mendy menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya yang dilakukan Brentford.

“Kami bermain sangat baik dalam tempoh 70 minit dan bernasib baik untuk 20 minit terakhir. Kami perlu berterima kasih kepada Edouard (Mendy) kerana menyelamatkan pasukan dan menghadiahkan tiga mata.

“Mereka (Brentford) seolah-olah bermain pada perlawanan akhir. Mereka ambil risiko melakukan serangan dan penyokong tuan rumah berikan mereka semangat untuk menyerang,” kata pengendali dari Jerman itu.

Selepas melihat kesungguhan yang ditunjukkan Brentford, Tuchel berkata, beliau meminta pemain-pemainnya untuk tidak kehilangan bola kerana tahu kemampuan pasukan tuan rumah ketika melakukan serangan balas pantas.

“Kami sangat baik ketika melakukan cabaran ke atas pemain-pemain Brentford, oleh sebab itu saya mahu pemain-pemain pegang bola. Kami juga bernasib baik kerana ­Edouard sangat fokus hari ini (semalam),” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI