fbpx

Tempoh 15 minit ubah nasib Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEVES muncul wira Wolves apabila meledak gol kemenangan ketika mereka bangkit menewaskan Villa 3-2 kelmarin. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Wolverhampton Wanderer, Conor Coady berharap kebangkitan dra­matik yang dilakukan ketika menewaskan Aston Villa 3-2 kelmarin menjadi batu loncatan untuk pa­sukan itu mula mempamerkan kemampuan sebenar musim ini.

Pada aksi yang berlangsung di Villa Park itu, Wolves terlebih dahulu ketinggalan dengan dua ja­ringan menerusi Danny Ings dan John McGinn pada babak kedua perlawanan sebelum mereka mencipta magis kira-kira 10 minit sebelum masa sebenar berakhir.

Romain Saiss membuka tirai jaringan Wolves pada minit ke-80 sebelum Coady menyamakan kedudukan lima minit kemudian dan pemain tengah mereka, Ruben Neves menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

“Cara kami memenangi perlawanan ini sangat menakjubkan. Kami ketinggalan dengan dua gol sebelum mencipta kebangkitan dan memenanginya. Secara jujur, ia adalah perlawanan yang sangat beremosi dan sukar. Sejak kehadiran pengurus baharu, saya fikir kami banyak menunjukkan peningkatan,” katanya.

Wolves menjadi pasukan ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang berjaya menja­ringkan gol bermula minit ke-80 untuk memenangi perlawanan ketika ketinggalan dengan dua gol selepas dilakukan oleh Wigan dan Reading. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI