fbpx

SPR nafi lengkap vaksinasi syarat mengundi PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan meletakkan syarat vaksinasi lengkap untuk pemilih mengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, syarat dinafikan pihaknya itu telah dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.

“SPR juga ingin menegaskan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi tujuan PRN DUN Melaka Ke-15 masih belum dimuktamadkan.

“Prosedur operasi standard (SOP) ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI