fbpx

Rekod sempurna The Red Devils lebur jua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED mempamerkan aksi yang dianggap terburuk musim ini ketika tewas 2-4 kepada Leicester kelmarin. – AFP

LEICESTER – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sedia memikul tanggungjawab ekoran kekalahan memalukan 2-4 ketika berdepan Leicester City kelmarin sekali gus menyaksikan mereka gagal me­raih kemenangan dalam tiga aksi berturut-turut.

Solskjaer yang kerap dikritik kebelakangan ini ekoran prestasi tidak menentu pasukannya turut dipersoal mengenai pemilihan pemain pada perlawanan itu.

Kekalahan itu menyaksikan rekod 29 perlawanan tanpa kalah United di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris akhir­nya lebur selain keraguan terhadap kemampuan pengurus dari Norway itu untuk mengemudi pasukan mencabar kejuaraan semakin ketara.

“Apabila anda melihat perlawanan ini, semua gol yang kami lepaskan adalah sangat buruk. Cara kami bermain menyebabkan kami tidak layak untuk mempertahankan rekod tanpa kalah ini.

“Saya memilih pemain untuk perlawanan ini. Harry Maguire cergas, kecederaannya sudah pulih menyebabkan dia diturunkan. Jika ada yang perlu dipersalahkan, saya sanggup memikulnya kerana beberapa keputusan buruk yang telah dibuat.

“Sejak kebelakangan ini, pres­tasi kami tidak menentu, kehila­ngan banyak mata dan ini perkara yang perlu diberikan perhatian. Kami perlu membuat perubahan,” katanya.

Dalam pada itu, pemain tengah United, Paul Pogba mengakui sangat kecewa dengan kekalahan tersebut sambil menyelar cara pasukannya beraksi yang disifatkan berlarutan sejak sekian lama.

“Secara jujur, kami sudah lama bermain dengan cara sebegini. Kami fikir ia bukan masalah tetapi kami bolos dengan gol yang bodoh. Kami perlu lebih matang dan bermain dengan cara yang lebih baik selepas ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI