TEMERLOH – Pahang menjadi antara pilihan utama pelancong apabila tempahan tempat penginapan begitu memberangsangkan sejurus selepas kebenaran rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, antara lokasi yang menjadi tumpuan termasuklah Pulau Tioman, Cameron Highlands, Genting Highlands dan Taman Negara.
“Pahang mendapat kehadiran pelancong yang sangat memuaskan apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengumumkan kebenaran rentas negeri yang mana tempat penginapan di pusat pelancongan mula menerima tempahan.
“Saya ingin berkongsi, di Pulau Tioman sahaja kita telah menerima 2,500 tempahan pelancong pada hari pertama kebenaran rentas negeri,”katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.-K! ONLINE