fbpx

Polis serbu pusat karaoke beroperasi dalam Fasa 2 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul memeriksa sijil vaksinasi pelanggan sebuah pusat karaoke di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Polis menyerbu sebuah pusat karaoke di Mergong di sini semalam selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi ketika negeri ini masih berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, seramai 24 individu terdiri daripada penganjur, pekerja dan pelanggan premis tersebut dikenakan kompaun.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dijalankan hasil risikan mengenai aktiviti berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Kata beliau, antara kesalahan yang dilakukan ialah belum menerima suntikan vaksin, gagal mendaftar MySejahtera serta tiada penjarakan fizikal.

“Seramai 21 individu iaitu pelanggan terdiri daripada 15 lelaki dan 6 perempuan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an dikompaun RM2,000 seorang.

“Sementara penganjur serta pekerjanya pula dikenakan dikompaun sebanyak RM25,000,” katanya kepada pemberita selepas menyertai serbuan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI