fbpx

Persatuan Chef Pulau Pinang, WCWB agih 600 pek makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara petugas yang menjayakan program amal tersebut.

PETALING JAYA – Persatuan Chef Pulau Pinang dan World Chefs Without Borders (WCWB) menyediakan sebanyak 600 pek makanan berkhasiat dengan produk pertanian Amerika Syarikat (AS) buat para petugas barisan hadapan di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya pada Sabtu lalu.

Inisiatif tersebut dijalinkan dengan kerjasama Mutriara Food Bank dan disokong oleh Persatuan Perdagangan Amerika Syarikat (Potatoes AS, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis California dan Washington Apple) sempena Hari Chef Antarabangsa.

Duta Besar AS, Brian D. McFeeters berkata, pemberian makanan itu sebagai simbolik penghargaan para petugas barisan hadapan di Pulau Pinang dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para petugas barisan hadapan, di Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya.

“Pandemik Covid-19 memberikan cabaran buat semua orang, kami amat menghargai komitmen, sumbangan masa serta tenaga anda dalam memenuhi keperluan pesakit termasuklah pengorbanan yang telah anda lakukan.

“Pemberian makanan ini adalah tanda penghargaan kami di atas kerja luar biasa yang telah dilakukan oleh komuniti perubatan di Pulau Pinang,” katanya.

Hari Chef Antarabangsa disambut pada 20 Oktober setiap tahun bagi menghormati pekerja di dalam bidang tersebut termasuk peranan mereka untuk mendidik orang ramai tentang makanan sihat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI