fbpx

Pengutip sampah bunuh rakan dicekup ketika cuba lolos ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Tindakan seorang pengutip sampah etnik Rohingya cuba meloloskan diri ke Thailand selepas membunuh kejam rakan senegaranya nyata tidak berhasil apabila ditahan polis di Jeti Pangkalan Kubor, Kelantan dekat sini, baru-baru ini.

Penahanan suspek lelaki berusia 30an itu dilakukan kira-kira pukul 2.50 petang pada Jumaat lalu hasil kecekapan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini berhubung seorang pesakit lelaki warga asing berusia 30an yang dibawa rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mohammad Hashim Dilbasahar, 30an, yang diburu polis.

Katanya, berdasarkan laporan diterima pukul 10.11 pagi pada 10 Oktober lalu mendapati mereka dari kawasan Rantau Panjang, Sungai Kapar di sini.

“Pemeriksaan pegawai perubatan di HTAR mendapati terdapat sembilan kesan tikaman di bahagian kepala, tubuh dan kaki dengan pesakit kemudiannya disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang banyak disebabkan tikaman dari belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan juga mendapati pembunuhan itu dipercayai dilakukan dua rakan senegara mangsa yang juga bekerja sebagai pengutip sampah.

Tambah Vijaya Rao, sebuah pasukan khas kemudiannya ditubuhkan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Utara yang kemudiannya berjaya menahan seorang suspek di Jalan Pengkalan Kubor, Kelantan pada Jumaat lalu.

“Suspek dikatakan cuba meloloskan diri ke negara Thailand melalui sempadan Golok. Dia telah dibawa ke IPD Klang Utara dan kini direman selama enam hari sehingga Khamis ini.

“Punca kejadian adalah kerana dendam lama kedua-dua suspek yang juga pengutip sampah terhadap mangsa dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Vijaya Rao menegaskan pihaknya kini sedang memburu seorang lagi suspek dikenali Mohammad Hashim Dilbasahar, 30an yang merupakan etnik Rohingya dengan alamat terakhir di Jalan Budaya, Kampung Rantau Panjang di sini.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan M. James Sangar di talian 013-4013403 atau bilik gerakan IPD Klang Utara menerusi talian 03-32913344,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI