fbpx

Pelajar di Labuan mula kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru-guru menyemak kehadiran dan suhu pelajar pelajar menggunakan aplikasi khas yang dibangunkan oleh pihak sekolah sendiri.

LABUAN- Sesi persekolahan di sini kembali meriah apabila ribuan pelajar dibenarkan ke sekolah bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka hari ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di beberapa sekolah sekitar pulau bebas cukai itu, rata-rata pelajar mula hadir ke sekolah seawal pukul 6 pagi bagi memulakan sesi persekolahan yang bermula pada pukul 7 pagi.

Kesemua pelajar juga dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) seperti pemakaian pelitup muka selain menjaga penjarakan sosial.

Difahamkan, sesi persekolahan secara bersemuka hari ini melibatkan pelajar tahap satu bagi sekolah rendah serta pelajar Tingkatan 3 dan 4 bagi peringkat menengah.

Bagi pelajar Tahun 4 dan 5 serta Tingkatan 1 dan 2, sesi PdP secara bersemuka dijadualkan bermula 1 November depan.

Semua sesi berkenaan diadakan secara penggiliran dengan kapasiti kehadiran sebanyak 50 peratus.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan pembukaan semula sekolah di Labuan bermula 3 Oktober lalu dengan sesi pertama persekolahan membabitkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 selepas pulau bebas cukai itu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengoperasian sesi persekolahan di pulau bebas cukai itu juga akan mengikut SOP berdasarkan ketetapan di negeri Fasa 4 PPN. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI