fbpx

‘Panggil dajal sekali pun, saya tetap tegas isu vaksin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan melayan untuk memberi peluang kepada golongan antivaksin yang masih berdegil tidak mahu menerima suntikan vaksinasi.

Khairy Jamaluddin di Twitternya membalas ciapan satu video yang dimuat naik oleh sebuah portal media, menyatakan beliau perlu tegas untuk menangani golongan antivaksin.

“Hendak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin (adalah) tidak betul. Kita sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi.

Tangkap layar ciapan oleh Khairy Jamaluddin.

“Kita akan terus beri penerangan. Maafkan saya, saya harus tegas di dalam isu ini, panggil lah saya dajal atau apa sahaja,” katanya.

Terdahulu, portal itu memuat naik sebuah video Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Menteri Kesihatan itu tidak seharusnya menggunakan cara ugutan terhadap golongan antivaksin.

Katanya, dia menyifatkan Khairy Jamaluddian sombong kerana menyatakan bahawa kerajaan akan menghukum golongan yang enggan menerima vaksin Covid-19 serta tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunakan.

“Saya tidak setuju (nak dakwa golongan antivaksin), ini pemikiran Menteri, nak dakwa orang sahaja, dia tidak fikir bahawa orang pun hendak mendakwa mereka.

“Kita kena dekati, kena terangkan (kepada golongan antivaksin), yang sedikit itu kita harus dekati mereka dan cuba memberikan penerangan tapi bukan mudah kerana dari segi undang-undang tidak menyatakan mereka bersalah,” katanya ketika menjawab soalan wartawan berkenaan kenyataan oleh Khairy baru-baru ini.

Tambahnya, beliau percaya golongan antivaksin tersebut akan mengalah apabila dipujuk.

Sebelum ini, media melaporkan, Khairy berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI