PETALING JAYA – Jika pelakon Hairul Azreen mencuri tumpuan apabila menikmati percutian keluarga ke Pulang Redang, Terengganu dengan menaiki helikopter dan diundang ke kapal mewah, lain pula ceritanya dengan pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman.
Rizalman, 50, bersama dua anaknya angkatnya, Umar Nail dan Aali Nail bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah dengan menaiki jet peribadi, sebagaimana dakwaan sesetengah netizen dalam laman sosial.
“Artis dan influencer (pensohor media sosial) tercampak jauh selepas Datuk Rizalman menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi,” coret seorang netizen menerusi Twitter.
Difahamkan, Rizalman sekeluarga berangkat ke pulau peranginan tersebut dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Dalam pada itu, bukan pesawat sahaja yang menjadi topik hangat perbualan netizen bahkan lokasi penginapan Rizalman yang disifatkan ‘another level’ oleh ramai netizen.
“Rizalman punya villa di Four Season Langkawi semalam harganya mencecah RM70,000,” ciap seorang netizen dalam Twitter.
“Percutian Datuk Rizalman ke Pulang Langkawi memang ‘another level‘,” ciap seorang netizen lain.
Minggu lalu, pelakon Hairul Azreen sekeluarga bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter selain menerima layanan istimewa di atas kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik jutawan terkenal tanah air, Tan Sri Vincent Tan. – K! ONLINE