fbpx

Mufti Pulau Pinang kecewa penjualan arak Timah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Ihsan Media Sosial

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan iklan sejenis arak buatan tempatan yang diberi nama ‘TIMAH’ sambil memaparkan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah.

Menurut beliau, sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana ‘Timah’ ialah singkatan daripada nama Fatimah iaitu puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam.

Sehubungan itu katanya, menjenamakan arak dengan Timah dianggap oleh umat Islam sebagai satu penghinaan yang tidak seharusnya berlaku.

“Pengeluar wiski berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu ini.

“Lebih memburukkan keadaan apabila gambar yang dipaparkan di botol minuman tersebut seolah-olah imej seorang yang beragama dengan kopiah dan janggutnya,” katanya dalam kenyataan satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi masyarakat Islam di negara ini yang mana di dalam Perlembagaan dinyatakan Islam sebagai agama Persekutuan, maka tidak sepatutnya Malaysia menjadi sebuah negara pengeluar wiski.

Jelas beliau, pihaknya tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kerajaan perlu mengarahkan syarikat pengeluar minuman itu segera menukar jenamanya beserta gambar pada botolnya supaya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Ini demi memelihara suasana harmoni dalam hubungan antara pelbagai kaum di negara ini.

“Kita juga berharap para pemimpin politik tanah air terutama yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol ini,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI