fbpx

Masya Masyitah bukan mahu menunjuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASYITAH

USIANYA masih muda. Maka, perjalanan seninya masih panjang. Masya Masyitah, sepotong nama yang barangkali masih tidak terlalu lazim di bibir peminat seni Malaysia.

Pun begitu, dia tidak pernah mengalah untuk menempa nama di tanah air sendiri meskipun kian bersinar di China selepas bergelar juara pertandingan nyanyian, Yippi Star Quest 2020.

Katanya, banyak perihal yang tertangguh disebabkan pandemik Covid-19, namun dia sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah SWT.

“Saya percaya, bukan saya seorang yang terkesan disebabkan virus Covid-19. Ramai lagi orang lain yang turut terkesan dari segi sosial, ekonomi dan mental disebabkan apa yang masih lagi berlaku sekarang.

“Pun begitu, tidak bermakna apabila Covid-19 semakin mengganas atau menular, kita hanya perlu berpeluk tubuh. Ada mulut yang perlu disuap makanan dan ada orang tersayang seperti keluarga yang perlu ditanggung.

“Alhamdulillah, syukur pada usia 21 tahun, saya sudah beli dua buah rumah dan semua rezeki ini tidak datang bergolek. Perlu berusaha dan paling penting, bahagiakan ibu bapa kita. Itu yang akan menyemarakkan lagi rezeki kita. Doa mereka mujarab,” katanya kepada HibGlam.

Masya menyuntik inspirasi buat orang ramai terutama golongan muda apabila berjaya memiliki aset pertamanya iaitu satu unit kondominium berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun.

Inspirasi

Masya atau nama lengkapnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff menyuntik inspirasi buat orang ramai terutama golongan muda apabila berjaya memiliki aset pertamanya iaitu satu unit kondominium berharga RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun.

Kemudian, tahun ini, pelantun lagu Halimunan itu sekali lagi membuatkan ibu dan bapanya berbangga apabila berjaya memiliki sebuah aset lain iaitu rumah tiga tingkat. Kediaman berkenaan linya sekitar Disember tahun lalu hasil wang kemenangan Yippi Star Quest.

KEJAYAAN dikecapi Masya pada usia muda diiringi doa orang tuanya. Masya bersama ibunya, Zalilah Mat Noor.

“Saya sebenarnya bukan nak menunjuk-nunjuk dapat beli aset hartanah pada usia yang muda, tetapi saya mengharapkan apa yang dikecapi ini mampu memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana.

“Banyak punca rezeki. Sebenarnya, kita sendiri yang perlu membocorkan lubang rezeki itu. Saya mungkin bekerja sebagai seorang penyanyi, namun itu tidak terhenti di situ sahaja.

“Ada duit lebih, kita simpan dan bukan terus boros. Ada peluang dan ruang untuk berniaga, saya akan gali dan hasilkan sesuatu daripada itu semua. Dunia ini luas dan kita sendiri yang mengukir kejayaan hidup sendiri,” luahnya yang sempat menjalankan perniagaan menjual biskut raya secara dalam talian April lalu.

PENERIMAAN positif lagu Mandarin pertama Masya, Jiu Meng Xin Su membuka ruang lebih besar buatnya apabila single berkenaan dirakam dalam versi bahasa Melayu berjudul Remuk.

Remuk

Dalam pada itu, berbicara tentang projek nyanyian terbaharu, wanita cantik molek yang berasal dari Kulim, Kedah itu tampil dengan single terbaharu berjudul Remuk yang merupakan versi bahasa Melayu untuk single terdahulunya dalam bahasa Mandarin iaitu Jiu Meng Xin Su.

Katanya, dia bersyukur dengan penerimaan peminat terhadap lagu Jiu Meng Xin Su dan perihal itu membuatkan dirinya ‘terpanggil’ untuk merakamkan lagu sama dalam bahasa Melayu.

“Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan saja Jiu Meng Xin Su dilancarkan, penerimaan terhadap single solo Mandarin pertama saya ternyata membuahkan hasil. Rata-rata, ramai yang mahu saya menyanyikannya dalam bahasa Melayu pula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI