fbpx

Mafela Lady Gaga diperbuat daripada wang kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LADY GAGA

PENYANYI terkenal antarabangsa Lady Gaga dan fesyen aneh memang tidak dapat dipisahkan. Terkini, pelantun lagu Alejandro itu memuat naik sekeping foto dalam Instagram dengan menggayakan mafela (skarf yang dililit pada leher) yang diperbuat daripada helaian duit kertas AS$100 (RM415).

Gambar tersebut dirakam ketika Gaga berada di dalam sebuah pesawat peribadi ketika perjalanan ke Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS).

Selain menggayakan mafela yang diperbuat daripada duit kertas, selebriti yang turut mencipta nama sebagai pelakon itu juga dilihat memperagakan koleksi jenama mewah yang mencecah harga ribuan dolar.

Gaun Magda Butrym dengan corak polkadot yang digayakannya ketika itu diketahui bernilai AS$1,300 (RM 5,405). Kaca mata jenama Valentino yang dipakainya pula berharga AS$449 (RM1,866). Bahkan pelakon filem House of Gucci itu juga dilihat membawa sebuah beg tangan Hermes Kelly berharga AS$22,550 (RM93,762).

Gaya mewah yang diperagakan Gaga sekali gus menarik perhatian peminatnya dalam Instagram apabila cuba meraih ‘simpati’ selebriti itu untuk menghadiahkan mafela yang dipakainya.

“Gaga, boleh tak jika kamu memberikan kepada saya mafela itu kerana saya berasa sangat sejuk,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI