fbpx

Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang menguruskan mayat mangsa di lokasi kejadian.

SANDAKAN – Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit dalam kejadian di Jalan Seguntur pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi itu, mangsa berusia 40-an berkenaan disahkan meninggal dunia ekoran mengalami kecederaan parah pada badan serta kepala.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan terbabit pada pukul 8.04 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bertugas mendapati mangsa masih tersepit dalam kenderaan jenis Proton Saga yang terbalik di dalam parit sebelum operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan menggunakan peralatan khas ‘rescue tools’.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas selepas berjaya dikeluarkan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI