RIYADH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memaklumkan bahawa operasi lapangan-lapangan terbang di negara itu berada pada kapasiti penuh, lapor akhbar Khaleej Times semalam.
Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang Arab Saudi termasuk penerbangan peribadi, GACA menyatakan negara itu akan menggunakan kapasiti lapangan terbangnya untuk mengendalikan semua penerbangan domestik dan antarabangsa.
Badan itu menyatakan, status vaksinasi pelancong akan terus disahkan melalui aplikasi pengesanan kontak Covid-19, Tawakkalna.
Langkah itu dibuat ketika Riyadh melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 kelmarin, selepas negara itu mencatatkan penurunan ketara kes jangkitan harian dan mencatat kemajuan besar dalam program vaksinasinya.
Memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri, orang awam tidak lagi wajib memakai topeng pelitup muka di kawasan terbuka.
Kerajaan juga menarik semula arahan penjarakan fizikal dan membenarkan kehadiran penuh di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Kebenaran itu diberikan kepada i individu yang sudah lengkap divaksin . – AGENSI