fbpx

KPM tak tetapkan standard pelitup muka ke sekolah – Radzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

TAMPIN – Kementerian Pendidikan (KPM) buat masa ini tidak menetapkan sebarang standart atau keseragaman jenis pelitup muka yang digunakan murid untuk ke sekolah.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, murid boleh memakai apa sahaja jenis pelitup muka yang sesuai untuk ke sekolah.

“Pelitup muka tak distandartkan (diseragamkan)… murid boleh pakai pelitup muka yang sesuai ke sekolah.

“Malah, KPM juga ada menyediakan sedikit pelitup muka di sekolah untuk guru-guru membantu murid memerlukan,” katanya sempena Lawatan Kerjanya ke Sekolah kebangsaan (SK) Tengku Zainun, di sini, tadi.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI