fbpx

KPDNHEP lancar operasi besar-besar periksa ketulenan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) memeriksa ketulenan emas di sebuah kedai emas di Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemeriksaan besar-besaran di kedai emas di seluruh negara bagi memastikan ketulenan barangan kemas yang dijual.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, setakat ini, pemeriksaan telah dilakukan di kedai-kedai emas yang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur; Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Shah Alam, Selangor dan Kuala Terengganu.

Beliau, pemeriksaan tersebut dilaksanakan dengan alat pengujian ketulenan logam berharga, X-Ray Fluorescence (XRF) yang dikendalikan empat pengawai KPDNHEP yang baharu menerima pentauliahan pengoperasian pada awal bulan lalu.

“Kita akan membuat pemeriksaan mengejut (kedai-kedai emas) di seluruh negara tidak kira besar atau kecil bagi menyakinkan pengguna tentang ketulenan barangan kemas yang beli.

“Pada masa sama, kami mahu menyedarkan peniaga mereka diperhatikan jika (melakukan penipuan dengan) menjual barangan kemas di bawah mutu diisytiharkan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai pemeriksaan ketulenan emas di 25 buah kedai emas di sekitar bandar raya ini.

Azman berkata, berdasarkan data KPDNHEP, sebanyak 42 kes penipuan melibatkan barangan kemas telah dilaporkan sejak dua tahun lalu termasuk 11 kes pada tahun ini,” katanya.

Kosmo! 30 Mac lalu melaporkan melaporkan keghairahan orang ramai membeli emas ekoran kejatuhan harga mendorong pihak tertentu menyaluti tungsten dan aluminium dengan logam berharga tersebut bagi menipu pembeli. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI