fbpx

Kontrak Sabin sebagai CEO LHDN ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabin.

PUTRAJAYA – Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Dr. Sabin Samitah telah dipendekkan oleh kerajaan berkuat kuasa esok.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, pemendekan kontrak perkhidmatan itu juga telah dipersetujui oleh Sabin bagi membolehkannya menceburi bidang lain yang bersesuaian dengan minat beliau.

“LHDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr. Sabin Samitah atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI