fbpx

Klopp labelkan Salah pemain terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (tengah) meledak gol yang cukup menarik ketika Liverpool membelasah Watford 5-0 pada aksi kelmarin. – AFP

WATFORD – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melabelkan penyerangnya, Mohamed Salah sebagai pemain terbaik dunia selepas membantu pasukan itu membelasah Watford 5-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vicarage Road malam kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Salah menjaringkan satu gol dan melakukan satu umpanan sementara empat gol lagi hadir menerusi jaringan hatrik Roberto Firmino serta satu gol daripada Sadio Mane.

Klopp juga menganggap pemain antarabangsa Mesir lebih baik berbanding Cristiano Ro­naldo dan Lionel Messi ketika ini selepas menjaringkan gol ajaib menerusi gerakan solo yang dilakukan.

“Kita tidak perlu bercakap mengenai apa yang sudah dilakukan oleh Messi dan Ronaldo kepada dunia bola sepak kerana mereka berdua sememangnya pemain yang cukup dominan sebelum ini.

“Bagi saya, tidak ada sesiapa yang lebih baik berbanding dia (Salah) pada ketika ini. Anda semua boleh lihat bagaimana hantaran serta gol yang dilakukan olehnya pada perlawanan hari ini (kelmarin),” katanya.

Justeru, bekas jurulatih Borussia Dortmund itu berharap Salah boleh mengekalkan aksi sedemikian sepanjang saingan musim ini dan membantu mereka untuk kembali merampas takhta kejuaraan Liga Perdana.

Sementara itu, Mane turut menjadi pemain Afrika ketiga meledak gol ke-100 dalam saingan Liga Perdana bagi menyamai pencapaian yang dilakukan Salah serta legenda Chelsea, Didier Drogba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI