fbpx

Kerja tak dapat, rugi pula RM41,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jimmy Phua (kanan) dan mangsa bersama salinan laporan polis mengenai kes penipuan mencari kerja secara online. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Niat seorang gadis yang ingin mencari pekerjaan sambilan bagi menambah pendapatan bertukar menjadi detik ngeri apabila dia kerugian RM41,500.

Mangsa yang dikenali sebagai Wong, 24, berkata, dia ternampak peluang kerja kosong itu ketika melayari laman sosial Facebook dan menekan pautan yang membawa ke sebuah aplikasi permainan online pada Rabu lalu.

Jelasnya, dia pada awalnya tidak menyangka permainan online itu sebagai ‘scam’ selain tertarik dengan komisyen dan pelbagai ganjaran yang akan diperoleh.

Katanya, hanya dengan menekan gambar ganjaran yang dipamerkan, dia akan menerima komisen hampir 10 peratus daripada nilai barangan tersebut.

“Tanpa fikir panjang, saya mendaftar masuk ke aplikasi itu dan mula bermain permainan yang membolehkan saya mendapat komisen hingga 10 peratus dan hadiah menarik seperti basikal, telefon bimbing, jam yang mencecah nilai RM10,000.

“Saya telah bermain permainan itu 45 kali dengan memindahkan wang sebanyak RM41,500 ke dalam dua akaun atas dua penama berbeza. Menerusi permainan itu, saya berjaya mencatatkan komisen sebanyak RM5,098,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, di sini hari ini.

Menurut kerani itu, dia kemudiannya berhubung dengan lelaki yang dikenali sebagai Jack untuk menuntut duit komisen serta wang yang dipindahkan itu namun gagal berbuat demikian.

Katanya, lelaki itu menjelaskan bahawa dia tidak boleh membuat tuntutan selepas pukul 9 malam dan perlu bermain untuk 10 kali keesokkan harinya.

“Saya telah terima panggilan telefon oleh seorang lelaki Cina yang mendakwa pengurus syarikat mengaku akan membantu mengeluarkan kesemua wang milik saya dalam akaun tersebut dengan syarat perlu buat bayaran RM10,000.

“Saya tak bersetuju dengan syarat tersebut dan merasakan saya telah ditipu. Oleh itu, saya telah hadir ke Balai Kelapa Sawit keesokkan harinya untuk membuat laporan,” ujarnya yang meminjam RM41,500 daripada keluarga dan rakan. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI