fbpx

Keabsahan kerajaan sementara tetap dibawa ke mahkamah – PH Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari (tengah) mengadakan sidang akhbar di Graha Amanah Melaka, Bukit Katil. Foto RASUL AZLI SAMAD

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) negeri tetap meneruskan usaha membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 ke mahkamah minggu ini, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, langkah tersebut diteruskan bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN dapat dilakukan.

Menurut beliau, kelewatan memfailkan kes berkenaan adalah disebabkan oleh kegagalan pihak pengurusan DUN mengeluarkan atau menyerahkan notis pembubaran secara rasmi kepada semua ahli dewan undangan negeri (ADUN) sehingga kini.

Katanya, pihak DUN Melaka hanya mengeluarkan surat penyerahan Warta Pembubaran DUN ke-14 melalui surat bertarikh 15 Oktober 2021 yang diserahkan pada hari ini.

“PH Melaka akan terus menggunakan perundangan bagi memberi sedikit ruang agar kerajaan yang mempunyai keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tidak perlu diadakan.

“Walau bagaimanapun, PH negeri tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI