fbpx

Harga kit ujian pantas akan diturunkan pengilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Hasrat untuk menurunkan lagi harga kit ujian pantas Antigen Covid-19 untuk meringankan beban pengguna dijangka bakal direalisasikan pada masa terdekat berikutan lambakan bekalan peralatan kesihatan itu pada masa ini.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, sebanyak kira-kira sembilan juta kit ujian pantas tersebut sudah tersedia di pasaran tempatan untuk kegunaan pengguna pada masa ini.

“Ia dijangka akan meningkat sehingga belasan juta apabila lapan syarikat pengimport produk tersebut dijadual menerima bekalan masing-masing pada masa terdekat.

“Berdasarkan perkembangan itu, kita menggalakkan pengilang dan pengimport kit ujian pantas Antigen Covid-19 itu melakukan penyelarasan harga secara kendiri tanpa campur tangan kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas mengetahui operasi pemeriksaan ketulenan emas di sebuah kedai emas di bandar raya ini.

Azman berkata, rundingan KPDNHEP dengan 35 pengilang dan pengimport produk kit ujian pantas Antigen Covid-19 tersebut tersebut juga berlangsung positif baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, harga baharu kit ujian pantas itu akan diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi sebaik kata sepakat dicapai kelak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI