fbpx

Geng ‘H’ buat onar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menyaksikan beberapa kereta dipandu secara bahaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – “Jangan susahkan orang lain kalau kita nak bersuka ria bersama geng sekalipun.”

Itu antara luahan orang ramai setelah menyaksikan satu klip video berdurasi 15 saat memaparkan ‘geng H’ menguasai jalan raya difahamkan di Batang Kali, Selangor.

‘Geng H’ merupakan gelaran yang diberikan orang ramai kepada kumpulan pemilik kereta jenama Honda.

Melalui klip video tersebut, beberapa buah kereta jenama Honda antaranya Civic FD, City serta Integra yang dipandu secara berkumpulan itu telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Mereka dilihat memotong secara bahaya dan menunjukkan skil pemanduan ala-ala pelumba di litar perlumbaan.

“Kalau ada otak dia tak buat macam ni, buat malu jenama Honda saja. Memang kalau pakai kereta Honda kena pakai ekzos perang dan drive macam ni ke,” jelas Jali Advantage.

“Tak kena tak apa, tapi kalau kena makan tak sudah ni. Banyak juga aku tengok budak-budak kereta tak kira jenama bawa macam ni.

“Harap JPJ buat la pemantauan dekat jalan-jalan ‘hot spot’ macam Batang Kali ni. Kadang-kedang dekat lebuh raya terutamanya LPT pun geng-geng ni bawa macam orang gila,” jelas Yuji Sasau. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI