PENAMPILAN penyanyi Demi Lovato yang dirakam lensa kamera paparazi ketika sedang berjalan berdua-duaan dengan selebriti Paris Hilton baru-baru ini mengundang kritikan melampau netizen.
Semuanya gara-gara penyanyi itu memiliki bentuk tubuh yang gemuk selain penampilannya juga kelihatan teruk.
Bukan itu sahaja, fesyen digayakan Lovato juga dikritik kerana sangat buruk berbeza dengan penampilan yang digayakan oleh Hilton sewaktu aksi mereka dirakamkan.
Menerusi gambar yang dimuat naik dalam Instagram @justjared, Hilton kelihatan sangat cantik dalam balutan gaun pendek berwarna hijau muda berserta kaca mata hitam. Gaya rambutnya juga didandan dengan rapi.
Sementara Lovato yang berada di sebelahnya pula kelihatan sangat hodoh dengan menggayakan seluar potongan ketat berwarna hitam dan kemeja bersaiz besar.
Bahkan bentuk tubuh pelantun lagu Stone Cold itu juga kelihatan gemuk ditambah dengan gaya dan potongan rambutnya yang pelik sehingga menjadi bahan usikan netizen.
“Penampilan Lovato yang paling teruk pernah saya lihat. Dia cantik tapi sayangnya. Penampilan dia perlu diperbaiki,” kata seorang netizen.