fbpx

Dapat gambar kemaluan lelaki, Ieda Moin buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK tahan diganggu gambar dan video lucah seorang lelaki, Ieda membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, semalam.

PETALING JAYA – Berang kerana kerap menerima gangguan gambar dan video lucah, pelakon dan penyanyi Ieda Moin membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi laporan polis tersebut, seorang individu yang menggunakan akaun @Jack011113 telah menghantar gambar dan video lucah menerusi mesej di Instagram pelakon tersebut.

Sebagai amaran, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd. Moin, 42, turut memuat naik laporan polis yang dibuat menerusi Instagramnya malam tadi.

“Pada 17 Oktober, lebih kurang pukul 4.58 petang semasa berada di PICC Jalan P5, Presint 5, Putrajaya, saya telah menerima mesej melalui Instagram saya yang dihantar oleh pemilik akaun @Jack011113. Pemilik pemilik akaun tersebut menghantar gambar serta video lucah kepada saya iaitu gambar kemaluan miliknya.

“Pemilik akaun tersebut turut menghantar tangkap layar gambar milik saya dan anak-anak yang diambil dari akaun milik saya,” tulis Ieda.

Menurut Ieda, kejadian berkenaan bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya, pelakon itu telah menyekat lima akaun yang digunakan individu terbabit sebelum ini.

Namun begitu, individu berkenaan masih mengganggunya dengan gambar dan video lucah menggunakan akaun yang baharu.

“Untuk makluman, ini bukan kali pertama individu yang tidak dikenali ini menghantar gambar serta video kemaluannya kepada saya.

“Sebelum ini saya telah sekat lebih kurang lima akaun yang digunakan individu ini. Apabila disekat, individu berkenaan akan membuat akaun baharu untuk mengganggu saya dengan menghantar video serta gambar-gambar lucah,” tulis Ieda dalam laporan polis tersebut.

Gangguan lucah berkenaan nampaknya tidak berlaku kepada Ieda seorang, malah pelakon Noorkhiriah juga mengalami pengalaman yang serupa.

Berdasarkan komen yang diberikan Noorkhiriah, dia juga seolah-olah mahu mengambil tindakan yang sama

“Dia buat lagi, aku pun nak buat macam ini. Tercampak telefon aku. Memang kurang ajar,” tulis Noorkhiriah.

Isu selebriti diganggu dengan mesej lucah bukanlah perkara baharu.

Malah sebelum ini ramai selebriti antaranya, Riena Diana, Hun Haqeem, Nam Ron, Farahdhiya, Enot, Ruhainies, Fahrin Ahmad dan Daiyan Trisya mendedahkan mereka pernah menerima gangguan yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI