fbpx

Bekas sarjan polis terima rasuah gagal ketepi hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang bekas anggota polis berpangkat sarjan gagal dalam rayuan untuk mengetepikan sabitan salah dan hukuman yang dikenakan terhadapnya atas pertuduhan menerima rasuah RM700 daripada seorang lelaki untuk menukar keputusan air kencing.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said bersama dua lagi hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk M. Gunalan menolak rayuan terakhir Rijali Solah,63, selaku perayu.

Ketika membaca keputusan itu, Kamaludin berkata tidak ada alasan untuk mahkamah ini mengganggu keputusan mahkamah terdahulu dalam menjatuhkan hukuman terhadap perayu.

“Kami mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Seksyen. Rayuan perayu ditolak,” katanya.

Sebelum ini selepas selesai menjalani hukuman iaitu denda RM10,000 dan dipenjara setahun Rijali yang berkerusi roda telah merayu terhadap hukuman itu dengan harapan bahawa dia akan dibayar tunggakan gaji, pencen dan pengembalian denda yang dibayar itu, jika rayuannya berjaya.

Pada Disember 2017 Rijali dihukum penjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah selepas didapati bersalah menerima rasuah RM700.

Hakim Azman Abu Hassan menjatuhkan hukuman itu terhadap Rijali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan didakwa menerima rasuah RM700 sebagai dorongan bagi membantu menukar keputusan ujian air kencing ke atas Mohd. Hizzam Hussin, 38,

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran pukul 2.10 petang pada 12 Mei 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI