fbpx

Arwah kes tembak mengadu alami tekanan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudzaman (tengah) ditenteramkan ahli keluarga ketika jenazah anaknya tiba di surau berkenaan, hari ini.

NILAI – “Apa pun saya reda, walaupun dia anak sulung saya.”

Itulah luahan bapa kepada seorang anggota polis, Khairul Azzad Kamarulzaman yang ditemui mati dengan kesan tembakan di leher dalam sebuah kereta Proton Preve di lot meletak kenderaan di Pekan Muar, semalam.

Menurut bapanya, Kamarudzaman Kusan, 50-an, dia menyifatkan anaknya seorang mesra dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Pada 6 Oktober lalu dia balik ke rumah sebab bercuti dan pulang semula pada 12 Oktober kerana mula bertugas 14 Oktober.

“Semasa balik pun dia tidak nampak ada masalah dan sentiasa ceria dengan adik beradik dan rakan-rakannya.” katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Surau Al Kauthar, Kota Seri Emas, di sini hari ini.

Tambahnya, sebelum ini anak saya pernah mengadu masalah tentang tugasan tetapi dia memberi nasihat kepada anak sulungnya itu agar terus bertugas.

“Ada satu ketika dia mengadu tekanan tetapi saya hanya beri sokongan untuk terus bekerja kerana semua anggota polis begitu,” tambahnya.

Berita berkaitan: Lans koperal maut tertembak leher sendiri 

Sebelum itu, jenazah Khairul Azzad tiba dari Hospital Besar Muar di pekarangan surau itu kira-kira pukul 5.30 petang untuk urusan solat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar-Raudhah, Kota Seriemas di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI