fbpx

160 anak tentera di Perak terima suntikan dos kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan tentera memberikan suntikan vaksin kepada salah seorang remaja di PPV Kem 2 Briged di Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Seramai 160 anak anggota tentera dan penjawat awam Kementerian Pertahanan (Kementah) berumur 12 hingga 17 tahun menerima suntikan vaksin dos kedua secara pandu lalu di Ipoh dan Taiping pada Sabtu lalu.

Markas Briged Kedua Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif ini bagi memastikan pemberian vaksin Covid-19 dapat dilaksanakan dengan baik.

Menurut kenyataan itu, ia sekaligus memberi keyakinan terhadap ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak sebelum sesi persekolahan sepenuhnya dibuka semula.

“Selain anak-anak anggota tentera dan penjawat awam Kementah, pemberian vaksin tersebut turut melibatkan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Sultan Yusof, Taiping.

“Terdahulu, pelaksanaan suntikan vaksin dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja ini dilaksanakan di kedua-dua PPV yang sama pada 25 September lalu,” ujar kenyataan itu.

Program ini bertepatan dengan tonggak ketiga perintah ulung Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu pelestarian kesejahteraan warga yang mengutamakan pengukuhan kesihatan dalam kalangan keluarga tentera.

Ia penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 berleluasa terutamanya di tempat pembelajaran.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI