fbpx

Warung terbakar di Ulu Bendul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kedai makan dikenali sebagai Warung D'Sawah terbakar dalam kejadian di Kampung Ulu Bendul, di sini, awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

KUALA PILAH – Sebuah kedai makan dikenali sebagai Warung D’Sawah terbakar dalam kejadian di Kampung Ulu Bendul, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 3.38 pagi.

Menurut Ketua Balainya, Mohd. Sharif Ahmad, pasukannya tiba ke lokasi dan mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengawal kebakaran.

Keadaan kedai makan selepas anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran.

“Kebakaran membabitkan kedai makan di tepi sawah yang dianggarkan terbakar 50 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini. Bomba berjaya menyelamatkan sebuah motosikal daripada musnah terbakar yang terdapat di kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sharif berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI