fbpx

[VIDEO] Warga emas meraung kena hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak meraung apabila didapati dijatuhkan hukuman mati.

PETALING JAYA – Tular sebuah video seorang ibu tunggal yang menyara sembilan orang anak meraung apabila didapati dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah kerana mengedar dadah jenis syabu semalam.

Menerusi perkongsian video oleh @seehuadaily di laman aplikasi TikTok, wanita berusia 50-an itu meraung sambil dibawa oleh pihak polis selepas mendengar hukuman yang diterima buat dirinya.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat oleh @seehuadaily di TikTok, jelas kedengaran wanita tersebut yang juga seorang nelayan bertanya siapakah yang akan menjaga anak-anaknya apabila dia dijatuhkan hukuman mati.

Menurut laman Twitter AADK Besut, ibu tunggal itu dijatuhi hukuman mati mandatori miliki kerana mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada 15 Oktober lalu.

Dia didapati bersalah mengedar dadah tiga tahun lalu.

Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai telah meninggalkan pelbagai komen.

Antaranya mahu kejadian itu dijadikan sebagai ikhtibar kepada orang ramai yang berniat mahu melakukan sesuatu perkara.

“Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik, mungkin dia tersilap langkah tapi saya tetap mendoakan yang baik-baik sahaja,” kata @morez.65. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI