fbpx

Wajib mohon kebenaran untuk iklankan promosi umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mewajibkan agar mana-mana syarikat yang dilesenkan supaya memohon kebenaran bagi mengiklankan promosi umrah.

MOTAC berkata, perkara itu penting bagi mengelak kes-kes penipuan pakej umrah.

Menurutnya, ia juga tertakluk kepada Peraturan 6(1A)(a), Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] yang mana menyatakan ‘Pengendali pelancongan berlesen tidak boleh mengiklankan pakej yang ditawarkan tanpa kelulusan Pesuruhjaya Pelancongan’.

“Kementerian telah mengadakan sesi libat urus bersama-sama dengan persatuan-persatuan pengendali umrah iaitu PAPUH, MATTA DAN BUMITRA untuk membantu pihak MOTAC merangka dan memperhalusi isu pengiklanan umrah ini.

“Berdasarkan sesi-sesi libat urus yang telah dijalankan, persatuan-persatuan berkaitan memahami dan menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh MOTAC demi memelihara kepentingan Keluarga Malaysia dan juga pemain industri umrah itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MOTAC, Sehingga kini, mereka telah menerima sebanyak 31 permohonan iklan. Setiap iklan yang diluluskan akan diberikan Nombor Siri Khas iklan umrah yang perlu dipaparkan di iklan-iklan yang akan dipromosi.

Katanya, nombor siri khas ini bertujuan membantu MOTAC mengenal pasti iklan-iklan haram pakej umrah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI