PETALING JAYA – Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di laluan utama semua lebuh raya bertol di Lembah Klang masih lancar tanpa ada sebarang kesesakan setakat pukul 10.14 pagi tadi.
LLM melalui Facebooknya berkata, trafik di laluan utama semua lebuh raya bertol masih dalam keadaan lancar dan terkawal.
Aliran trafik di laluan utama Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) pada pagi ini masih dalam keadaan lancar.
Sementara itu, trafik disepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) juga masih lancar termasuk lokasi di sekitar plaza tol utama seperti Karak dan Kuala Terengganu.
LLM mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik sebelum menggunakan lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan dan pengguna lebuh raya di R&R diingatkan supaya mematuhi SOP dan elakkan kawasan rehat dan rawat (R&R) yang telah penuh.- K! ONLINE.