fbpx

Tiga beradik daki bukit sesat dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengiringi tiga beradik yang tersesat ketika mendaki Bukit Sungai Batu, Pantai Remis, untuk turun dengan selamat.

BERUAS – Tiga beradik termasuk seorang remaja lelaki sesat hampir dua jam ketika mendaki Bukit Sungai Batu, Pantai Remis dekat sini sebelum diselamatkan anggota bomba petang tadi

Difahamkan, sebelum itu sekumpulan enam individu terdiri daripada lima beradik dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah mendaki bukit tersebut sebelum tiga daripada mereka tersesat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, Mohd. Akmal Hussin berkata, ketiga-tiga mangsa terpisah daripada kumpulannya sebelum menghubungi pasukan itu meminta bantuan.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada dua wanita berusia 20 dan 28 tahun serta lelaki berusia 17 tahun dilaporkan sesat.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.22 petang sebelum lima anggota bersama sebuah jentera yang diketuai PBK II Amir Hamid ke lokasi kejadian.

“Tiga lagi individu iaitu abang dan kakak kepada tiga mangsa tersebut serta seorang rakan mereka berjaya turun dari bukit didaki dan keluar dari kawasan hutan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Akmal, mangsa juga memberitahu kedudukan mereka berada sebelum ketiga-tiganya ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi dipercayai mula tersesat pada pukul 4.05 petang.

Jelasnya, tiga beradik itu ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan anggota penyelamat kemudian mengiringi mereka turun dari bukit tersebut dengan selamat.

Operasi yang tamat pada pukul 4.52 petang itu turut melibatkan anggota polis dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Remis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI