fbpx

Syarikat Malaysia bina rasuk penyangga terpanjang di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim ketika melawat tapak bangunan tersebut di Dubai baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kejayaan sebuah syarikat Malaysia di luar negara dalam pembinaan teknologi hijau turut menarik minat Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menzahirkan kesyukuran apabila pernah berkunjung ke tapak bangunan itu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini ketika meninjau keadaan Pavilion Malaysia didirikan kerajaan dalam Expo Dunia 2020 dan berlangsung di Dubai sejak 1 Oktober lalu sehingga 31 Mac tahun depan.

“Alhamdulillah. Kita tentunya berasa bangga Eversendai Corporation Berhad mampu membina rasuk penyangga terpanjang di dunia untuk bangunan One Za’abeel di sini,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Pameran antarabangsa paling besar di dunia itu terletak dalam kawasan berkeluasan 438 hektar dan disertai 188 buah negara dengan tahun ini Dubai pula dipilih menjadi tuan rumahnya.

Mengulas lanjut, beliau berpeluang melawat sendiri tapak pembinaan menara pejabat bakal setinggi 330 meter dengan 67 tingkat itu yang dibina sejak 2016 dan dijangka siap tahun depan oleh Eversendai yang banyak terlibat dalam pembinaan bangunan ikonik di seluruh dunia.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI