PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang, hari ini.
“Ribut petir dan hujan lebat dijangka bakal melanda seluruh negeri Perlis, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah.
“Situasi serupa turut diramal berlaku di daerah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim di negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Gua Musang di Kelantan selain di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu.
Tambahnya, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Pahang selain di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
“Amaran ribut petir dan hujan lebat turut dikeluarkan melibatkan kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis dan Miri) dan Limbang di Sarawak.
“Situasi sama turut dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Sandakan di Sabah,” katanya. – K! ONLINE